Rabu, 10 September 2014

    


    Hai , Assalammualaikum.Kami adalah pelajar POLITEKNIK NILAI .Ingin mengetahui sejarah Penjajahan di Tanah Melayu dengan lebih mendalam ? Ikuti kami belayar di Zaman Penjajahan di Tanah Melayu.Jom , jom !!














  KESAN-KESAN & FAKTOR-FAKTOR PENJAJAHAN DI   TANAH MELAYU


Portugis telah menguasai negeri Melaka pada tahun 1511-1641(130tahun) iaitu pada tahun ia menakluk dan menduduki Bandar dan pelabuhan Melaka.Tujuan utama untuk menakluk dan menduduki Melaka yang merupakan pusat perdagangan dan Portugis terbabit dalam Perang Tiga Segi untuk menguasai perdagangan Kepulauan Melayu.Matlamat mereka adalah untuk mencari pelabuhan untuk menguasai perdagangan di kawasan timur iaitu Melaka dan untuk menyebarkan agama kristian pada Tanah Melayu . Kesan penjajahan portugis pada Melaka adalah :

  •     Membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu Johor-Riau
  •     Sistem pentadbiran ketenteraan di Melaka.
  •     Agama kristian mula disebarkan.
Pada abad-17 , Belanda telah menumpukan perhatian kepada pelabuhan di Jawa,Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada 20 Mac 1602.Belanda telah menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis.Tujuan penjajahan Belanda adalah untuk menguasai perdagangan rempah-ratus di Kepulauan Melayu.Selain itu , memonopoli perdagangan bijih timah di negeri tanah-tanah Melayu .Belanda bersaing dengan British untuk menguasai perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dan akhirnya mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada 17 Mac 1824.Penjajahan Belanda memberi lebih perhatian pada Indonesia.Mereka tidak meninggalkan banyak kesan pada Tanah Melayu.
  
British mula campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.16 Februari 1819, Stamford Raffles Berjaya menduduki Singapura melalui Perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abdul Rahman.British Berjaya menguasai Pulau Pinang,Melaka dan Singapura yang dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.Wujud 3 unit pentadbiran Britis di Tanah Melayu iaitu NNS,NNMB dan NNMTB.Tujuan adalah untuk mencari kawasan perdagangan di Kepulauan Melayu.Pada tahun 1600 pedagang Inggeris telah tubuhkan Syarikat India Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan Negeri China.Sebab perdagangan dengan China tidak membawa keuntungan dan mencari pengakalan bebas lanun.Kesan daripada jajahan British:

  • Perebutan Takhta
  • British terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran Negeri Melayu

Faktor kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu adalah kerana pihak British belum bersedia dan kelewatan bantuan ketenteraan dari London dan India.Serangan Jepun melalui jalan laut dan Berjaya menenggelamkan dua buah kapal British.Kesan penjajahan jepun pada Tanah Melayu:
  • Layanan Jepun terhadap orang tempatan
  • Perusahaan bijih timah dan getah semakin merosot
  • Orang Melayu dapat peluang untuk mentadbir pentadbiran

Masyarakat tempatan amnya tidak mudah menerima kedatangan dan campur tangan British secara terbuka. Penglibatan British dalam hal ehwal sosio-ekonomi Tanah Melayu berlaku seawal tahun 1786. Terhenti seketika setelah penjajahan Jepun di Tanah Melayu yang bermula pada tahun 1942-1945. Setelah kekalahan jepun, British balik semula ke Tanah Melayu pada tahun 1946 sehinggalah akhir tahun 1957 apabila pada 31 Ogos 1957 (KEMERDEKAAN).

















SEJARAH ZAMAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU


Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.





Perjuangan Kemerdekaan

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar.  Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji yang bangun berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang.
Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.
Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.
Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’.
Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, ”cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”.
Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.
Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan  rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.
Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta.







                 SEKIAN , TERIMA KASIH DARIPADA KAMI ..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan